Home Pertahanan dan Keselamatan Palsukan sijil vaksinasi tidak bertanggungjawab, bahayakan nyawa

Palsukan sijil vaksinasi tidak bertanggungjawab, bahayakan nyawa

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=LlaOwPlEcLI[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan sijil vaksinasi adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemalsuan sijil vaksinasi akan menjejaskan usaha pembukaan negara secara selamat seperti yang dirancang,

“Saya berharap pihak berkuasa untuk siasat dan ambil tindakan terhadap pihak ini,” katanya dalam sidang media khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau menambah, tindakan pemalsuan sijil vaksin akan memberi kesan negatif kepada semua pihak.

“Ini merupakan sesuatu yang susah diterima dan tidak boleh dimaafkan kerana boleh menjejaskan keselamatan serta kesihatan orang yang tidak bersalah,

“Mereka perlu dihukum dengan lebih keras,” tegasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply