Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas minuman keras tidak bercukai di Labuan

Polis Marin rampas minuman keras tidak bercukai di Labuan

by Air Times News Network

LABUAN, 12 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya merampas minuman keras tidak bercukai di kawasan jeti awam Tanjung Pagar.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, Asistan Superintenden Polis Saidul Maruf Rosli berkata, pasukannya telah membuat pemerhatian terhadap barang mencurigakan berbungkus plastik hitam di kawasan jeti awam itu.

“Hasil pemeriksaan menemui minuman keras tidak bercukai dipercayai telah diseludup,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,400.77. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya menerusi hantaran media sosial PPM W4 Sabah.

Saidul Maruf menjelaskan, kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Sipitang untuk tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama, pihak PPM mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply