Home SemasaGlobal Rusuhan Kazakhstan: Presiden keluarkan arahan tembak perusuh serta-merta

Rusuhan Kazakhstan: Presiden keluarkan arahan tembak perusuh serta-merta

by M.Daim

NUR SULTAN, 8 Jan – Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev telah mengarahkan pasukan polis dan tentera negara itu untuk menembak perusuh.

Keputusan dibuat oleh beliau selepas keadaan rusuhan dan pergolakan di negara Asia Tengah itu semakin memburuk.

“Militan enggan meletakkan senjata dan terus bermaharajalela dengan kegiatan jenayah mereka,

“Sesiapa yang enggan menyerah akan dihapuskan. Saya telah memberikan arahan kepada pihak berkuasa keselamatan dan tentera untuk menembak tanpa sebarang amaran,” kata Tokayev dalam satu siaran televisyen, semalam.

Sementara itu, pasukan tentera dan polis kerajaan Kazakhstan dilaporkan kembali menguasai beberapa lokasi dan jalan di Almaty selepas pertempuran sengit berlaku di bandar terbesar komersil negara itu.

Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan menyatakan 26 penjenayah bersenjata telah berjaya dihapuskan.

“18 anggota polis dan pengawal kebangsaan di sahkan terkorban,” katanya.

Kazakhstan terjerumus ke dalam konflik domestik selepas kerajaan negara itu menaikkan harga minyak di barat negara itu pada minggu lalu.

Protes terhadap kenaikan harga minyak ini telah memburuk dan menyebabkan rusuhan besar-besaran di seluruh negara.

Wisma Putra sebelum ini menyatakan 79 rakyat Malaysia di negara itu dilaporkan selamat. Dalam kenyataanya, warga Malaysia yang berada di Kazakhstan dinasihatkan untuk menjaga keselamatan mereka dengan menggelak kawasan protes.

Kementeria Luar Negeri turut menggesa mana-mana rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan konsulat untuk segera menghubungi pihak kedutaan di Nur Sultan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply