CANBERRA, 8 Jan – Sistem kesihatan Australia berhadapan dengan kemungkinan lumpuh selepas negara itu mencatatkan lebih 100 ribu kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Negeri Victoria melaporkan 51,356 kes baharu pada hari ini, 2 kali ganda dari semalam. Sementara itu, kes di New South Wales meningkat secara mendadak kepada 45,098 dengan 1,795 pesakit dimasukkan ke Hospital.
Menurut laporan media Australia, peningkatan kes secara mendadak ini akan memberikan tekanan yang hebat terhadap sistem kesihatan negara benua itu.
“Peningkatan kes secara mendadak di beberapa buah negeri termasuk Victoria dan New South Wales telah menyebabkan kes pembedahan yang tidak penting terpaksa digantung,
“Selain daripada itu, beberapa prosedur baharu diperkenalkan bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh menyebabkan tekanan terhadap hospital,” lapor West. – airtimes.my