Home SemasaGlobal Pemuda Palestin maut dalam tembak menembak dengan tentera Israel

Pemuda Palestin maut dalam tembak menembak dengan tentera Israel

by M.Daim

RAMALLAH, 6 Jan – Seorang rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam satu kejadian tembak menembak dengan tentera Israel di Tebing Barat, hari ini.

Bakeer Hashash, 21 tahun, cedera parah dalam insiden yang berlaku di hadapan khemah pelarian Balata di nablus.

Pemuda Palestin berusia 21 tahun, Bakeer Hashash maut dalam kejadian tembak-menembak dengan tentera Israel di Nablus, Tebing Barat. Gambar: WAFA

“Semasa kejadian, tentera Israel telah menyerbu kawasan pinggir bandar Nablus, Tebing Barat,” lapor agensi berita Palestin.

Menurut laporan tersebut, Bakeer mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, pihak Israel mengesahkan serbuan dijalankan di kawasan terbabit. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply