Home Pertahanan dan Keselamatan Batalion 7 PGA turun padang, bantu mangsa banjir di Sungai Lembing

Batalion 7 PGA turun padang, bantu mangsa banjir di Sungai Lembing

by Nurulhuda

KUANTAN, 30 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA) turun padang bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa yang terjejas banjir di Sungai Lembing, pada Rabu.

Bn 7 PGA menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 40 orang pegawai dan anggota pasukannya bersama penduduk setempat telah melaksanakan pembersihan di kawasan yang terlibat.

“Program murni yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintenden Azhari Nusi turut dibantu oleh 20 orang penduduk setempat dan 150 orang Skuad Sabil dari Johor,

“Sebanyak 5 buah lori dan sebuah backhoe turut digerakkan untuk memindahkan barang-barang yang rosak akibat bencana ke tempat pelupusan sampah,

“Rata-rata perabot dan juga perkakas rumah serta barangan elektrik rosak akibat ditenggelami banjir,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan jalan serta longkang dan memotong pokok tumbang yang menghalang laluan orang ramai juga dilakukan oleh anggota tersebut.

“Walaupun cuaca hujan lebat namun semangat petugas-petugas tidak luntur untuk membantu masyarakat yang mengalami kesusahan,

“Program ini juga selaras dengan slogan polis dan masyarakat berpisah tiada,” tambahnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply