Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 27 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom di sekitar perairan Pulau Sakar, Lahad Datu pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Suprintenden Gan Ping Sin berkata, pasukannya telah mengejar sebuah perahu yang dipercayai melakukan aktiviti bom ikan.

Beliau berkata, perahu tersebut telah ditinggalkan di kawasan Pulau Malamok, Lahad Datu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan keatas perahu yang ditinggalkan itu, pihaknya menemui beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat yang dipercayai digunakan untuk tujuan bom ikan,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,400 dan kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985,” katanya menerusi media sosial PPM Wilayah 4 Sabah. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply