Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan perahu tangkap ikan guna bahan letupan

Polis Marin tahan perahu tangkap ikan guna bahan letupan

by Air Times News Network

SEMPORNA, 20 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menahan sebuah perahu dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulai Selakan, pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintenden Polis Mohamad Ismail berkata, semasa penahanan dibuat, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut perahu ke kawasan air cetek seterusnya bertindak terjun dari perahu melarikan diri ke Pulau Selakan.

“Semasa pemeriksaan keatas perahu berkenaan dibuat, terdapat pelbagai jenis hasil ikan dan beberapa peralatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan dirampas,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,700 dan rampasan diserah kepada Jabatan Perikanan Semporna,” jelasnya dalam hantaran di media sosial milik PPM Wilayah 4 Sabah, malam tadi.

Mohamad Ismail menjelaskan, kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Pada masa yang sama, Mohamad Ismail turut menasihatkan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus kepada pasukanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply