Home Pertahanan dan KeselamatanCubaan 4 lelaki Filipina seludup 3,500 liter petrol gagal

Cubaan 4 lelaki Filipina seludup 3,500 liter petrol gagal

by Nurulhuda
A+A-
Reset

SEMPORNA, 20 Dis – Tindakan 4 lelaki warga Filipina menyeludup keluar 3,500 liter minyak petrol melalui kawasan perairan Pulau Siamil gagal, apabila dikesan dan ditahan oleh anggota Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) pada Ahad.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad, dalam kejadian 8.25 malam itu, suspek masing-masing menggunakan 3 buah bot laju bergerak dari arah Pulau Siamil menuju ke arah luar sempadan perairan Malaysia, berhampiran Pulau Sitangkai, Filipina berjaya dikesan menerusi Radar Coastal Surveillance Station (CSS).

Menurutnya, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) telah menggerakkan pasukan Quick Response Force (QRF) yang berada di kawasan Operasi Pasir Selatan sebelum berjaya pintasan pada jam 8.28 malam.

“Bagaimanapun sebuah bot berjaya meloloskan diri apabila menyedari kehadiran Tim QRF manakala 2 lagi ditahan untuk pemeriksaan,

“Pemeriksaan awal, mendapati 4 awak-awak lelaki warganegara Filipina berusia antara 19 hingga 50 tahun berada dalam bot terbabit dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah,

“Turut ditemui 3,500 liter minyak petrol yang diisi di dalam 100 bekas tong plastik dengan setiap satunya berkapasiti 35 liter selain 4 tong gas cecair petroleum (LPG) 16 kilogram,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Abdul Karim berkata, semua suspek bersama barang rampasan termasuk bot dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM61,776.00 di bawa ke Jeti Kem Azumi sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply