Home Pertahanan dan Keselamatan Beroperasi tanpa kebenaran, 2 bot tunda ditahan APMM

Beroperasi tanpa kebenaran, 2 bot tunda ditahan APMM

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 9 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) telah menahan 2 buah bot tunda yang disyaki melakukan operasi tanpa kebenaran, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kedua-dua bot tunda tersebut ditahan sekitar jam 6 petang semalam ketika sedang menunda sebuah kapal tangki di kedudukan 0.7 batu nautika tenggara Tanjung Langsat.

Menurutnya, kedua-dua bot tunda terbabit yang berdaftar dari Batam, Indonesia dikendalikan oleh 13 kru warga Indonesia berumur di antara 25 tahun hingga 47 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kedua-dua bot tunda terbabit tidak memaklumkan ketibaan dan tidak mempunyai kebenaran menunda daripada Pengarah Laut Malaysia,

“Kesemua kru berserta 2 bot tunda terbabit telah ditahan dan akan disiasat dibawah Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali,

Dalam mas ayang sama, Nurul Hizam menegaskan bahawa setiap kapal asing yang ingin memasuki perairan negeri Johor agar melaporkan ketibaan dan mendapatkan kebenaran sebelum menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti di perairan negeri Johor bagi mengelakkan tindakan undang-undang. -airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply