Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan penyeludupan barang kawalan di Sandakan

Polis Marin gagalkan penyeludupan barang kawalan di Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 6 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot jenis pam disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Batu 3, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rusdin Banin berkata, semasa pemeriksaan bot dijalankan juragan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan tanpa di kesan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati terdapat beberapa jenis barang kawalan tanpa permit.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dan enjin pam berjumlah RM16,561.85. Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdin berkata, pihaknya menyeru agar masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah bagi mengekang jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply