Home Pertahanan dan Keselamatan APMM laksana misi bawa pesakit dari Pulau redang ke Kuala Terengganu

APMM laksana misi bawa pesakit dari Pulau redang ke Kuala Terengganu

by Nurulhuda

KUALA TERENGGANU, 6 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu telah melaksanakan misi membantu membawa keluar seorang pesakit epilepsi menggunakan Kapal Maritim (KM) REDANG dari Pulau Redang ke Kuala Terengganu, pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bantuan melalui operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Maritime Rescue Sub Centre Kuantan bagi melaksanakan bantuan tersebut.

“KM REDANG yang beroperasi di sekitar perairan Pulau Redang telah diaturgerakkan ke lokasi bagi melaksanakan khidmat Medevac,

“KM Redang tiba di lokasi sekitar jam 4.00 petang dan terus memindahkan pesakit tersebut untuk dibawa ke Hosital Sultanah Nur Zahirah dengan mengambil masa kira-kira 2 jam,

“Mangsa lelaki, warga tempatan lingkungan umur 78 tahun, dibawa ke hospital bagi mendapatkan bantuan perubatan dan tindakan susulan,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhammad Suffi menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui kepada pihak berkuasa bagi menjaga kedaulatan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply