Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas mercun bernilai RM450 ribu di Bintulu

Polis Marin rampas mercun bernilai RM450 ribu di Bintulu

by Nurulhuda

BINTULU, 3 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu berjaya merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM450,000 dalam serbuan yang dijalankan di sebuah kediaman di Jalan Sibuyu, pada Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulfikar Mohd Ghazali dalam berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 7 malam itu adalah hasil daripada maklumat serta risikan yang dijalankan oleh sepasukan Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah 5 bersama anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Hasil serbuan menemui berpuluh-puluh kotak yang dalamnya mengandungi mercun pelbagai jenama diletakkan di bahagian ruang tamu kediaman,

“Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan mercun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Zulfikar berkata, pihaknya telah menahan suspek lelaki tersebut bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut berhubung tangkapan ini akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu dan akan disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957,” ujarnya.

Tambahnya, PPM Wilayah 5 akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa berkaitan dengan pemilik bahan letupan secara haram terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply