Home Pertahanan dan Keselamatan 2 transpoter, tekong dan 79 PATI diberkas

2 transpoter, tekong dan 79 PATI diberkas

by Nurulhuda

SELANGOR, 28 Nov – Dua orang tekong antara 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sekitar Tanjung Karang, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Polis (SUPT) Rizal Mohamed berkata, anggota pasukannya telah menahan 2 orang penghantar (transpoter), seornag tekong darat dan 76 PATI berkenaan yang membabitkan 69 lelaki serta 7 perempuan selepas mengesan sebuah kenderaan mencurigakan di stesen minyak Batu 8, Tanjung Karang.

“Anggota bertugas telah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut dan mendapati 2 lelaki dewasa warga asing dipercayai sebagai tekong darat (transpoter) serta 3 lelaki dewasa warga asing berumur 34 hingga 36 tahun yang berada dalam kenderaan tersebut,

“Hasil siasatan lanjut, telah membawa anggota bertugas ke sebuah premis kediaman di Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang telah menyembunyikan 69 lelaki dewasa warga asing berumur diantara 16 hingga 47 tahun dan 7 perempuan dewasa tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah di premis tersebut,

“Anggota bertugas juga telah menjumpai dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dipercayai sebagai tekong bersama sebuah kenderan,” jelasnya dalam kenyataan pada Ahad.

Rizal menjelaskan, kesemua tangkapan dan rampasan yang dianggarkan bernilai RM52,274.00 di serahkan kepada Balai Tanjung Karang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru agar masyarakat setempat memberi kerjasama dan sentiasa menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply