Home SemasaGlobal Varian baharu COVID-19 ancam pemulihan global

Varian baharu COVID-19 ancam pemulihan global

by M.Daim

GENEVA, 27 Nov – Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia hari ini mengisytiharkan B.1.1.529 sebagai Variant of Concern (VOC) dan dinamakan sebagai Omicron.

WHO dalam satu kenyataan berkata, Omicron dikhuatiri akan meningkatkan risiko jangkitan semula COVID-19 yang lebih tinggi berbanding varian yang lain. Ini terutamanya dengan melihat kadar mutasi spike protein pada varian ini.

“Varian ini ditemui semasa kes jangkitan COVID-19 meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu lalu,

“Omicron ditemui dalam sampel pesakit yang diambil pada 9 November 2021,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, WHO turut menyatakan varian ini dikesan telah menular di semua kawasan di Afrika Selatan.

Dalam pada itu, WHO turut mengesa langkah pencegahan penularan penyakit perlu diambil bagi mengelakkan penularan varian ini dalam komuniti.

Semalam, kerajaan United Kingdom telah bertindak mengenakan sekatan perjalanan ke beberapa buah negara di benua Afrika berikutan penemuan varian baharu COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply