Home Pertahanan dan Keselamatan Ancaman jangkitan penyakit baharu sentiasa ada – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM

Ancaman jangkitan penyakit baharu sentiasa ada – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh hari ini menegaskan ancaman jangkitan penyakit baharu sentiasa ada dan boleh berlaku di masa hadapan.

Menurut beliau, ancaman sebegini diklasifikasikan sebagai ancaman biologikal.

“Ancaman biologikal tetap datang dan akan ada. Virus-virus baharu akan terbentuk kerana berlaku mutasi dari generasi ke generasi,

“Perubahan ini akan memberikan kesan kepada keupayaan penyakit yang boleh memberikan impak teruk kepada manusia,” katanya semasa wawancara eksklusif di Markas Perkhidmatan Kesihatan ATM, hari ini.

Jelasnya, ini terbukti dengan fenomena wabak yang telah berlaku sebelum COVID-19.

“Sebelum ini kita hadapi ancaman wabak SARS di mana ramai pesakit telah meninggal dunia sebelum ianya sempat merebak,

“Begitu juga H1N1 yang mempunyai angka kes penularan yang tinggi tetapi ianya tidak memberikan kesan yang ketara kepada penduduk,

“Tetapi COVID-19, ianya mempunyai kadar penularan yang tinggi dan juga boleh memberikan kesan yang teruk,” kata Zulkeffeli.

Tambahnya, COVID-19 juga memberikan impak yang signifikan kerana ada sesetengah pesakit tidak mempunyai gejala dan menyebabkan penularan penyakit.

“COVID-19 akan memberikan kesan yang agak panjang,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply