Home Pertahanan dan Keselamatan Bajet 2022: Peruntukan pertahanan dan keselamatan tidak berubah

Bajet 2022: Peruntukan pertahanan dan keselamatan tidak berubah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Sebanyak RM16 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan RM17 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

“Sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan bagi mempertingkatkan kesiagaan aset utama,

“Ini termasuk RM14 juta untuk menggantikan peralatan utama pasukan khas laut (PASKAL) dan pasukan khas udara (PASKAU),” katanya.

Jumlah peruntukan untuk kedua-dua kementerian adalah sama seperti yang telah diumumkan pada Belanjawan 2021.

Sementara itu, sebanyak RM230 juta peruntukkan untuk kerja menyelenggara sekolah dalam kem tentera, fasiliti ketenteraan dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Ini termasuk penggantian serta pembaikan lif kuarters Polis Diraja Malaysia.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menambah pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak.

“Bagi memperkukuh kedaulatan negara, kerajaan akan menambah 8 pos kawalan Pasukan Gerakan Am bagi meningkatkan kawalan keselamatan sempadan,

Kerajaan juga akan menambah 4 pintu masuk Imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak,” katanya.

Beliau menjelaskan penambahan pintu masuk Imigresen dilakukan bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo jajaran Telok Melano. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply