Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan – Air Times News Network
Home Semasa Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan

Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 29 Okt – Seorang lelaki tempatan berbangsa Cina yang dipercayai menjadi transporter ditahan bersama 7 wanita warga Thailand dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan Bandar Baru Permai Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, 7 wanita yang ditahan yang berusia 22 hingga 37 tahun dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan eksploitasi seks.

Beliau berkata, serbuan telah dilakukan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah JBS.

“Lelaki berumur 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan,

“Polis turut merampas sebuah beg tangan, telefon bimbit, kondom, 3 anak kunci, kad akses serta wang tunai RM630.00,”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Raub berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati negatif dadah dan lelaki tersebut direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Manakala mangsa telah dihantar ke rumah perlindungan sementara,

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?