Home SemasaGlobal Mesir tamatkan darurat 4 tahun

Mesir tamatkan darurat 4 tahun

by M.Daim

KAHERAH, 26 Okt – Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi hari ini mengumumkan penamatan darurat yang berlanjutan selama 4 tahun di negara Afrika Utara itu.

Beliau menyatakan perkara tersebut di akaun media sosial rasminya.

“Mesir kini menjadi selamat dan stabil atas usaha rakyat dan semua pihak yang terlibat. Saya memutuskan untuk membatalkan pelanjutan darurat di seluruh negara,” katanya.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan darurat yang bermula semenjak April 2017.

Darurat dikenakan selepas insiden pengeboman 2 Gereja Koptik oleh kumpulan Daesh yang meragut lebih 40 nyawa.

Semenjak Februari 2018, pihak berkuasa Mesir telah melancarkan operasi besar-besaran bagi menentang kumpulan pengganas itu terutamanya di kawasan utara Sinai dan sempadan Libya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply