Home SemasaGlobal Taliban bedil 3 militan Daesh-K

Taliban bedil 3 militan Daesh-K

by M.Daim

KABUL, 25 Okt – Seramai 3 orang militan Daesh-K maut dalam satu pertempuran di bandar Herat, Afghanistan.

Pertempuran tercetus selama 3 jam diantara Taliban dengan kumpulan penculik yang berkaitan dengan Daesh-K.

Pihak polis Herat dalam satu kenyataan berkata, seramai 2 orang anggota Taliban cedera akibat pertempuran itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Qari Sayed Khosti dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata ketiga-tiga individu terbabit merupakan operatif Daesh-K yang bertanggungjawab dalam insiden penculikan di Herat.

“Anggota pasukan khas telah mengepung dan berbalas tembak dengan kumpulan penculik,” katanya.

Daesh-K atau dikenali sebagai ISIS-Khorasan merupakan kumpulan militan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, Daesh. Kumpulan ini telah melancarkan pelbagai serangan dan sabotaj terhadap fasiliti di Afghanistan semenjak Taliban berkuasa pada Ogos lalu.

Kumpulan ini turut menjadi dalang kepada insiden pengebom berani mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai pada  26 Ogos. Serangan tersebut telah menyebabkan lebih 185 orang maut yang terdiri daripada penduduk Afghanistan, anggota tentera Amerika Syarikat dan Taliban. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply