Home SemasaGlobal Israel beri lampu hijau perluasan penempatan haram di Tebing Barat

Israel beri lampu hijau perluasan penempatan haram di Tebing Barat

by M.Daim

BAITULMAQDDIS, 25 Okt – Kerajaan Israel telah meluluskan pelan pembinaan 2,800 buah rumah di penempatan haram di Tebing Barat.

Kumpulan pemerhati dan penentang penempatan, Peace Now menegaskan tindakan Israel akan menyulitkan keadaan di Tebing Barat.

“Pihak Israel telah meluluskan 2,800 unit rumah di kawasan Tebing Barat,” kata wakil Peace Now, Hagit Ofran yang dilaporkan oleh Washington Post.

Sementara itu, media Israel melaporkan pihak Tel Aviv sedia untuk meluluskan 1,300 unit rumah sebagai tambahan kepada rancangan sedia ada.

Kawasan Tebing Barat, Genting Gaza dan Timur Baitulmaqddis merupakan antara kawasan dituntut oleh masyarakat Palestin sebagai tanah air mereka. Kawasan ini telah ditawan Israel selepas perang 1967.

Majoriti masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf penempatan yang dibina oleh Israel. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply