Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran

by Air Times News Network

KUDAT, 24 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya gagalkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran di kawasan Marak Parak Kota Marudu, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asistan Superintenden Polis (ASP) Cyril Douglas berkata, pasukannya sedang melaksanakan Operasi Landai Khas telah menahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berumur 30 tahun bersama beberapa tong dram yang mengandungi minyak petrol,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM67 ribu dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di media sosial PPM.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply