Home Pertahanan dan Keselamatan Jabatan Perikanan tahan 2 bot, 8 warga asing langar syarat lesen tangkap ikan

Jabatan Perikanan tahan 2 bot, 8 warga asing langar syarat lesen tangkap ikan

by Air Times News Network

PERAK, 23 Okt – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berjaya menahan 2 bot vesel bersama 8 nelayan warga asing atas kesalahan melanggar Akta Perikanan 1985 di perairan Pulau Jarak Pulau Pangkor, semalam.

DOF dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata, tangkapan tersebut telah dibuat oleh Cawangan Perlindungan Sumber Kampung Acheh yang sedang melaksanakan rondaan di perairan tersebut.

“Tangkapan pertama dilakukan pada kedudukan 11.2 batu nautika dari Pulau Jarak Pulau Pangkor mendapati sebuah bot vesel tempatan bersama 5 kru warga Myanmar yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot pukat tunda,

“Tangkapan kedua pada hari yang sama turut menahan sebuah bot nelayan pukat tunda bersama 3 kru warga Thailand dan Kemboja di kedudukan 10.4 batu nautika dari pantai,

“Sebanyak 150 kilogram ikan campur telah disita sebagai bahan bukti kes tangkapan,” katanya.

Dalam pada itu, kesemua yang ditahan telah disabitkan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu menangkap ikan menggunakan pukat tunda kurang dari 15 batu dari pantai dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Laporan polis telah dibuat dan diserahkan ke Pangkalan Sumber Pangkor untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply