Home Pertahanan dan Keselamatan Warga asing lari lintang pukang tinggalkan isteri

Warga asing lari lintang pukang tinggalkan isteri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya menahan seorang warga asing cuba melepaskan diri dari sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 30 tahun menaiki motosikal Honda Vario bersama isterinya yang berusia 33 tahun juga warga Indonesia.

Menurutnya, ketika pemeriksaan lelaki terbabit yang juga pekerja kontrak memaklumkan mahu membuat panggilan telefon, namun dia dilihat terus berlari ke tengah jalan dan meninggalkan isterinya di lokasi berkenaan untuk meloloskan diri.

“Lelaki tersebut gagal melarikan diri apabila berjaya ditahan pegawai JPJ ketika dia berlari sejauh 200 meter,

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 318 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tiada cermin sisi,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu dan kedua-duanya tidak mempunyai pasport yang didakwa ditinggalkan di rumah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply