KUALA LUMPUR, 22 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan ketenteraan Eksesais PARADISE 8/21 (Paradrop, Air Defence, Deep Strike, Insertion, Combat Search & Rescue and Extraction) yang akan bermula pada hari ini hingga 2 November 2021.
Menurutnya, latihan ini akan melibatkan beberapa pangkalan udara di Semenanjung Malaysia.
“Sepanjang eksesais dijalankan, pesawat-pesawat ini akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam,
“Ia akan dilaksanakan di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung Malaysia yang telah digazetkan untuk lokasi eksesais,
“Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari ini.
Pada masa yang sama, TUDM menegaskan latihan ini diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara. – airtimes.my