Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 12 PATI termasuk 3 kanak-kanak dihalang masuki Sarawak

Op Benteng: 12 PATI termasuk 3 kanak-kanak dihalang masuki Sarawak

by M.Daim

KUCHING, 16 Okt – Seramai 12 orang Pendatang Asing Tanpa Izin termasuk 3 kanak-kanak telah dihalang oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dari memasuki Sarawak melalui jalan tikus.

Kejadian berlaku di kawasan Tebedu, sekitar 5.30 pagi hari ini.

“Sepasukan anggota yang sedang melaksanakan serkap telah mengesan 12 individu dipercayai PATI berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia,” kata TDM di akaun media sosial rasminya.

Kumpulan PATI terbabit adalah terdiri daripada 5 lelaki, 4 wanita dan 3 kanak-kanak.

“Mereka disahkan sebagai PATI apabila didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan laluan haram untuk masuk mencari pekerjaan,” jelasnya.

Laporan polis telah dibuat dan kesemua PATI terbabit diusir ke negara asal. Kesemua PATI diusir dan laporan Polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Pada masa yang sama, TDM mendedahkan pelbagai taktik dan kaedah digunakan oleh PATI untuk memasuki negara secara haram termasuk merentasi sempadan Malaysia secara haram pada awal pagi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply