Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas minuman keras dan rokok tanpa cukai

Polis Marin rampas minuman keras dan rokok tanpa cukai

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 8 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras di kawasan laut berhampiran Wawasan Plaza, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, ASP Roslan Awang berkata, anggotanya bertindak atas pemantauan yang dilakukan ke atas sebuah van dan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dikawasan tersebut.

“Ketika polis menghampiri, suspek terus melarikan diri dan beredar dari kawasan itu,

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis minuman keras dan rokok tidak bercukai disimpan di dalam van berkenaan, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM38 ribu,” katanya.

Tambahnya, kesemua barangan yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply