Home Pertahanan dan Keselamatan ATM, PDRM sepakat perkasa keselamatan dan kedaulatan negara

ATM, PDRM sepakat perkasa keselamatan dan kedaulatan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepakat memainkan peranan masing-masing serta memperkasakan hubungan sedia ada dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Markas ATM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kunjungan hormat oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani ke Wisma Pertahanan hari ini turut memberi peluang untuk membincangkan dan bertukar pandangan mengenai hal ehwal keselamatan yang melibatkan kepentingan negara.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM menerima Kunjungan Hormat daripada Acryl Sani di pejabatnya, pagi tadi.

Sebaik tiba di Dataran Wisma Pertahanan pada jam 0900, KPN menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang berkekuatan seramai 3 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mejar Muhd Syahril Japri.

Selesai acara KKU, beliau diperkenalkan kepada kepimpinan tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan sebelum diiringi ke pejabat PAT.

Kunjungan ini merupakan Lawatan Ulung Acryl Sani selepas beliau mengambil alih jawatan sebagai KPN Ke-13 mulai Mei lalu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply