Home Pertahanan dan Keselamatan Polis rampas 4,223 karton rokok seludup bernilai RM168,204

Polis rampas 4,223 karton rokok seludup bernilai RM168,204

by Air Times News Network

SEMENYIH, 6 Okt – Batalion 4 Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan seorang lelaki warganegara asing bersama 4,223 karton rokok seludup dan tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM168,204.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Rizal Mohamed berkata, lelaki berumur 25 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah telah di tahan di sebuah premis di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan dan premis tersebut, Pasukan Polis telah menjumpai rokok yang dipercayai di seludup dan tidak bercukai,

“Jumlah keseluruhan rokok yang dirampas adalah sebanyak 4,223 karton dengan anggaran nilai barang adalah RM168,204 manakala nilai cukai adalah sebanyak RM552,740.40,

“Turut dirampas sebuah kenderaan dan juga telefon bimbit anggaran nilai RM752,144.40,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rizal Mohamed turut menjelaskan, hasil tangkapan dan rampasan tersebut berjaya memutuskan 1 aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai sekitar Seri Kembangan, Selangor.

Jelasnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serdang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply