Home Pertahanan dan Keselamatan SOP pengendalian, pengurusan senjata api anggota TUDM akan dikemaskini – Timbalan Menteri

SOP pengendalian, pengurusan senjata api anggota TUDM akan dikemaskini – Timbalan Menteri

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cDvFP3nf_VU[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Timbalan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menegaskan prosedur penggendalian dan pengurusan senjata api melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditambah baik pada masa hadapan.

Menurut beliau, penambahbaikan serta kemaskini prosedur tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja Lembaga Siasatan TUDM selesai melakukan siasatan dalaman.

“Antara fokus Lembaga Siasatan ini adalah menambah baik atau mengemaskini prosedur bagi penggendalian serta pengurusan senjata dalam TUDM,

“Kami akan melihat semula perkara ini selepas mereka selesai menjalankan siasatan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan akan dimaklumkan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM.

Pada masa yang sama, Ikmal menegaskan prosedur pengambilan dan penggunaan senjata api dari stor senjata adalah ketat.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen berhubung insiden yang meragut nyawa 4 orang anggota TUDM di Balai Pengawal Kem Skuadron 330, Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply