Home Pertahanan dan Keselamatan Program Derma Darah: TUDM prihatin keperluan masyarakat

Program Derma Darah: TUDM prihatin keperluan masyarakat

by Nurulhuda

SENDAYAN, 5 Okt – Seramai 50 orang warga Pangkalan Udara (PU) Sendayan termasuk kakitangan awam telah menyertai program derma darah yang diadakan untuk membantu Pusat Darah Negara yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program ini juga bagi memupuk semangat dalam kalangan warga pangkalan untuk terus menderma bagi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan dan maanfaat kepada masyarakat.

“814 RSAT PU Sendayan bersama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT MIZAN) telah mengadakan Program Derma Darah kali ke 2 bagi tahun ini bertempat di Foyer 814 RSAT PU Sendayan,

“Tujuan program ini diadakan untuk membantu Pusat Darah Negara yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah,

“Program Derma Darah ini telah disertai seramai 50 orang penderma yang terdiri dari warga Pangkalan termasuk kakitangan awam,” jelas TUDM.

Turut hadir, Ketua Jabatan Patologi HAT MIZAN, Brigedier Jeneral (Dr) Ahmad Zakaria Kamarudin dan Komander Pangkalan, Kolonel Ahmad Yusof TUDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply