Home Pertahanan dan Keselamatan RM35.7 juta peruntukkan bagi 7 skim bantu veteran ATM

RM35.7 juta peruntukkan bagi 7 skim bantu veteran ATM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZPasoyGjHsY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan RM35.7 juta bagi menyediakan 7 skim bantuan kebajikan untuk disalurkan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, sehingga kini sejumlah 12,377 orang veteran ATM, balu dan tanggungan telah pun menerima manfaat dari skim bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25.8 juta.

“Antara skim yang disediakan Kementerian Pertahanan adalah Skim Bantuan Hidup; Bantuan Persekolahan/Kolej Vokasional Kebangsaan (KVK) kepada anak-anak veteran; Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik kepada anak-anak veteran dan Bantuan Perubatan,

“Selain itu, kementerian turut menyediakan Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam dan
Bantuan Pengurusan Jenazah untuk golongan veteran ATM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai usaha kerajaan dalam membantu veteran ATM di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ikmal Hisham berkata, kementerian turut menyediakan pelbagai inisiatif baharu untuk membantu golongan veteran bagi meningkatkan taraf hidup selepas menamatkan perkhidmatan.

“Kementerian Pertahanan telah merancang 7 inisiatif baharu termasuklah platfom digital veteran iaitu e-Dagang untuk usahawan tentera melakukan perniagaan secara online; Program Aurich veteran ATM; Smart Card veteran ATM dan Kempen Tabung Pahlawan yang dibuat setiap tahun,

“Selain itu, penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada anggota ATM yang berkhidmat sewaktu zaman darurat 1969,

“Selain itu Kementerian Pertahanan juga sedang meneliti untuk memberi elaun kewangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia dan saguhati kepada 404 veteran yang mengelar diri mereka sebagai The Last Mohican,

“Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah memohon penilaian semula ke atas kes anomali yang memberi kesan kepada 404 veteran ATM. Kerajaan dalam pertimbangan untuk memberi saguhati dalam menunjukkan prihatin kepada mereka,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply