Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Kudat

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Kudat

by Nurulhuda

KUDAT, 18 Sept – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup minyak petrol ke negara jiran di jeti Kampung Layak-Layak Pitas, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Komisioner Polis, Cyril Douglas berkata, pemantauan dan hasil risikan mendapati lelaki berkenaan membawa minyak petrol tanpa permit yang sah dan diseludup ke negara jiran dengan menggunakan pam bot miliknya.

Beliau berkata, satu serbuan telah dibuat dan hasil pemeriksaan telah menjumpai beberapa gelen berisi petrol.

“Suspek telah gagal mengemukan dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tujuan tersebut,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM10,480.00,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4.

Menurutnya, individu terbabit dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya, manakala kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961

Cyril Douglas menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply