Home Pertahanan dan Keselamatan 6 tim CMVT ATM diaturgerak masuk ke pendalaman Sabah suntik vaksin

6 tim CMVT ATM diaturgerak masuk ke pendalaman Sabah suntik vaksin

by Nurulhuda

KINABATANGAN, 17 Sep – Sebanyak 6 tim perubatan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diaturgerakkan bagi membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok dalam program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalam Sabah

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pasukan CMVT daripada Markas Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) ini telah ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Internet Komuniti Kampung Pelangi bagi proses pemberian vaksin kepada penduduk kampung berkenaan.

“Seramai 6 tim perubatan CMVT diatur gerak bagi pemberian vaksin dos pertama iaitu seramai 228 penerima di kawasan berkenaan. Program vaksinasi ini juga diberikan kepada remaja yang berumur lingkungan 12 sehingga 17 tahun,

“Tim CMVT ini bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kinabatangan bagi memastikan proses vaksinasi dapat berjalan dengan lancar sepenuhnya,

“Aturgerak ini adalah bagi mencapai 80 peratus vaksinasi yang disasarkan oleh kerajaan negeri Sabah,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply