Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasukan CMVT ATM komited bantu kerajaan capai imuniti kelompok di Sabah – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Pasukan CMVT ATM komited bantu kerajaan capai imuniti kelompok di Sabah

Pasukan CMVT ATM komited bantu kerajaan capai imuniti kelompok di Sabah

by Nurulhuda

TONGOD, 4 Sep – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited mengaturgerakkan pasukan perubatan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalaman Sabah.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 13 anggota termasuk paramedik daripada Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Briged) telah diaturgerakkan bagi program tersebut di kawasan pedalaman bahagian Tongod iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Inarad Tongod pada 2 dan 3 Sep 2021.

Menurutnya, seramai 1,200 penerima vaksin jenis CanSino telah disasarkan di kawasan tersebut.

“Tim CMVT ini turut dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tongod serta beberapa agensi awam turut terlibat bagi memastikan proses vaksinasi dapat berjalan dengan lancar,

Pihak 5 Div menjelaskan, program tersebut berjaya memberikan vaksinasi kepada lebih 2 407 penduduk di kawasan pedalaman yang melibatkan 3 lokasi vaksinasi di kawasan pedalaman, sejak program ini dilaksanakan pada Jun lalu.

“Usaha yang dilaksanakan oleh tim CMVT ini merupakan iltizam bagi membantu kerajaan Malaysia dalam merealisasikan imuniti kelompok bagi mencapai 80 peratus vaksinasi yang disasarkan terutamanya di negeri Sabah,” tambahnya.

Turut hadir menyaksikan program vaksinasi tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Sekolah Inarad Tongod daripada wakil Panglima 13 Briged. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?