Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan perlu perjelas dakwaan ahli politik terima sokongan luar negara – PATRIOT

Kerajaan perlu perjelas dakwaan ahli politik terima sokongan luar negara – PATRIOT

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa kerajaan untuk menjelaskan dakwaan yang menyatakan terdapat ahli politik negara ini menerima bantuan dan sokongan moral daripada individu atau organisasi dari luar negara terutama Amerika Syarikat (AS) dalam meneruskan karier politik mereka.

Presiden PATRIOT, Datuk Mohd Arshad Raji berkata, Cawangan Khas (SB) perlu segera melaksanakan siasatan membabitkan dakwaan antaranya berupa pemberian bantuan dan sokongan moral daripada pihak asing sebagai sokongan kepada ahli politik tersebut.

Dakwaan berkenaan didedahkan oleh bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Mohd Salleh Ismail, yang dilaporkan berkata ahli-ahli politik tempatan itu juga menerima ‘bantuan fizikal serta sokongan’ daripada pihak asing itu.

Tuduhan itu datang turut menyatakan perisikan tentera mendapati bahawa individu asing tertentu telah menyatakan minat untuk memberikan sokongan kepada ahli politik tempatan tertentu.

“Kita tahu tindakan (pihak dari luar negara) menjurus kepada memberi bantuan kepada pihak-pihak tertentu (dalam negara). Kita tiada bukti bahawa bantuan itu diserah secara terus tetapi maklumat yang kita terima, beberapa organisasi di AS, contohnya ada memainkan peranan,

“Mereka juga diberi sokongan secara moral. Itu memang jelas, melalui tindakan-tindakan (beberapa pemimpin politik) yang sering berjumpa dengan pihak yang berpengaruh di luar negara. Maklumat-maklumat itu kita dapat,” katanya yang dilaporkan dalam Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Arshad berkata, pendedehan itu sekaligus telah memburukkan lagi kepercayaan rakyat terhadap ahli politik, selain menyebabkan implikasi kepada keselamatan negara dan kedaulatannya.

Menurutnya, kerajaan seharusnya menyiasat sama ada berlaku ancaman terhadap keselamatan negara, jejak aliran tunai secara terperinci dan pemerolehan aset, implikasi sampingan serta berapa lama perkara terbabit sudah berlaku.

“Adakah tindakan pengantara ini mendapat kebenaran daripada kepimpinan parti? Siapa ahli politik ini berhubung selepas pengantara terbabit menyelesaikan pertemuan dengan pihak luar itu? soal Arshad dalam kenyataan hari ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply