Home Pertahanan dan Keselamatan Pasukan CMVT ATM bantu capai imuniti kelompok vaksinasi di Sabah

Pasukan CMVT ATM bantu capai imuniti kelompok vaksinasi di Sabah

by Nurulhuda

TAWAU, 20 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi mengaturgerakkan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) bagi program vaksinasi kepada penduduk di Kampung Luasong Kalabakan, bagi meningkatkan imuniti kelompok dalam Program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) berkata, anggota Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Briged) yang terdiri daripada 2 pegawai dan 9 anggota paramedik ATM bersama 3 anggota kumpulan sokongan serta beberapa staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terlibat dalam program pemberian vaksin tersebut pada 18 hingga 18 Ogos lalu.

“CMVT ini memberikan suntikan imunisasi dos pertama yang mensasarkan sejumlah 850 penerima vaksin kepada penduduk kampung pada hari pertama pelaksanaannya,

“Program ini dilaksanakan bertujuan bagi membantu penduduk di pedalaman Sabah mendapatkan vaksin sejajar dengan PICK yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya menerusi hantaran di media sosial 5 Divisyen, malam tadi.

Menurutnya, Program Jiwa Murni (PJM) seperti ini merupakan projek rintis yang akan dilaksanakan dari masa ke masa dengan melibatkan kerjasama ATM bersama agensi awam.

Terdahulu CMVT ini diatur gerak ke Kampung Long Pasia, Sipitang pada 25 dan 26 Jun lalu bagi pemberian vaksin kepada penduduk kampung di kawasan berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply