Home PolitikBarisan Nasional 31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong kerajaan Perikatan Nasional – Ismail Sabri

31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong kerajaan Perikatan Nasional – Ismail Sabri

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=yfLleLBKIkg[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua Ahli Parlimen menyatakan pendirian untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah berkenan agar keabsahan kerajaan PN ditentukan di Parlimen dengan satu usul percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat nanti.

“Jadi jelas bahawa, Seri Paduka Baginda mahu Parlimen diadakan dan penentuan untuk sama ada kerajaan hari ini boleh berfungsi selepas September,

“Ini jelas pihak Istana Negara tidak lagi menerima surat akaun SD atau pun surat-surat sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut disertai oleh 20 Ahli Parlimen yang lain di Auditorium DBKL, Menara DBKL, hari ini.

Mereka yang hadir termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan MIC, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Sadique; Bekas Pengarah Pemilihan UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. -airtimes.my

HADIR DAN SOKONG

1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)

2. Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)
3. Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
4. Datuk Hasan Arifin (Rompin)
5. Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
6. Datuk Seri Halimah Sadique (Kota Tinggi)
7. Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau)
8. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
9. Datuk Seri Ismail Mutallib (Maran)
10. Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
11. Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
12. Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin)
13. Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas)
14. Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu)
15. Datuk Salim Sharif (Jempol)
16. Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
17. Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
18. Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
19. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
20. Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
TIDAK HADIR DAN SOKONG
1. Khairy Jamaluddin (Rembau)
2. Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas)
3. Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
4. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong)
5. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)
6. Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)
7. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
8. Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)
9. Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)
10. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)
11. Datuk Seri Azeez Rahim (Baling)

 

Related Articles

Leave a Reply