Home Pertahanan dan Keselamatan ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin COVID-19

ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus mengatur gerak anggota dan aset-asetnya bagi membantu mengurangkan beban hospital serta pusat kuarantin berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan, bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.

“ATM juga sentiasa bersiap-siaga dalam segala aspek dalam menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar, terutama penguatkuasaan kawalan sempadan darat, laut dan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, selepas mengadakan perbincangan bersama Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, mengenai isu perairan negara dan peranan ATM dalam penubuhan hospital Medan, semalam.

Semalam, Malaysia merekodkan 20,596 kes baharu jangkitan COVID-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas.

Sebelum ini, ATM telah membina Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan beberapa hopsital medan ATM bagi membantu hospital sedia ada merawat pesakit COVID-19 di dalam negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply