Home Pertahanan dan Keselamatan Jabatan Perikanan tahan 2 bot langgar syarat lesen tangkap ikan

Jabatan Perikanan tahan 2 bot langgar syarat lesen tangkap ikan

by Air Times News Network

MERSING, 28 Jul – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berjaya menahan 2 buah bot vesel atas kesalahan melanggar syarat lesen penangkapan ikan menggunakan pukat tunda kelas C di perairan Mersing, semalam.

DOF dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata, tangkapan tersebut telah dibuat oleh Pasukan Khas Taman Laut dan Pengurusan Sumber DOF Johor.

“Dalam operasi yang dijalankan, pihak DOF telah membuat sitaan terhadap kedua-dua vesel, 8 orang kena tahan (OKT) dan ikan tangkapan sebanyak 400 kilogram (kg),

“Anggaran nilai sitaan adalah RM3 juta. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perikanan 1985,” katanya.

Sementara itu, DOF turut membuat sitaan terhadap satu unit peralatan penangkapan ikan jaring yang telah dipasang di dalam kawasan Taman Laut Pulau Tengah.

“Hasil sitaan mendapati jaring yang dipasang adalah dianggarkan sepanjang 300 meter,” ujarnya.

Selain itu, DOF berkata aktiviti memasang jaring dalam kawasan larangan Taman Laut Malaysia merupakan suatu kesalahan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43, Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan menangkap atau cuba menangkap ikan di kawasan Taman Laut Malaysia. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply