Home Pertahanan dan Keselamatan Kolaborasi ATM dan agensi penguatkuasa bantu banteras kemasukan PATI, penularan COVID-19

Kolaborasi ATM dan agensi penguatkuasa bantu banteras kemasukan PATI, penularan COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kolaborasi di antara pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan dalam National Task Force (NTF) telah membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sekaligus memperkukuhkan keselamatan serta kedaulatan negara.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk kesihatan dan keselamatan menunjukkan kesan positif terutama dalam pengawalan sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan, kemasukan petandatang tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, menerusi NTF, kolaborasi antara agensi membolehkan negara menangani COVID-19 dan dalam masa sama memastikan keamanan terus terpelihara.

“Seperti mana semua sedia maklum, Malaysia menjadi tarikan utama kepada kemasukan pendatang asing untuk bekerja di sini. Sama ada masuk secara sah atau tidak,

“Statistik telah menunjukkan ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke malaysia,

“Kita pun tahu, kedua-dua sempadan negara terlalu panjang dan besar. Dan mustahil untuk jaga setiap inci kawasan tersebut secara sendiri,

“Pencerobohan disempadan negara berpunca dari peluang pekerjaan yang besar di Malaysia, ia menjadi faktor utama Malaysia menjadi tumpuan,” katanya dalam Temu Bual Bersama Panglima Angkatan Tentera: Impak COVID-19 kepada Pertahanan dan Keselamatan Negara anjuran Akademi Profesor Malaysia, hari ini.

Program berkenaan dikendalikan Pengarah Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Datuk Akhtar Zainudin.

Menurutnya, kerjasama antara semua pihak menjadi titik punca kejayaan operasi bersepadu yang dijalankan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

Pada masa yang sama, Affendi berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga terus komited untuk memastikan aset pertahanan negara berada dalam keadaan bersiap sedia menjaga kedaulatan negara terutamanya dalam menangani krisis sebilang masa.

“ATM kini bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu meningkatkan fasiliti perubatan yang semakin tenat,

“Walaupun keupayaan perubatan ATM kecil, namun ia mampu memberi nafas lega kepada KKM,

“Ia terbukti apabila kejayaan pertama pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Serdang yang menyediakan 1,000 katil untuk pesakit COVID-19 warga asing,

“Manakala, hospital-hospital medan dibina bagi membantu hospital yang sedia ada dalam merawat pesakit COVID-19,” ujarnya.

Tambahnya, NTF kini berfungsi dan bergerak ketika negara berdepan ancaman COVID-19 dalam mengawal sempadan dan penguatkuasaan undang-undang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika dilihat fungsi NTF dari segi penyusunan serta model operasi, ia amat efektif. Mungkin kita akan meneroka fungsi NTF ini dengan lebih luas sebagai contoh dalam kawalan sempadan pada masa depan (walaupun pandemik berakhir),” jelasnya.

Op Benteng diaktifkan di bawah NTF dengan kerjasama ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mengekaang penularan wabak COVID-19 di dalam negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply