Home Pertahanan dan Keselamatan Masih degil, 17 lagi PATI ditahan dalam Operasi Benteng

Masih degil, 17 lagi PATI ditahan dalam Operasi Benteng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 5 kenderaan darat dan sebuah bot atau kapal.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 171 buah bot atau kapal telah dikesan di perairan negara melalui 9 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam masa yang sama, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 957 Sekatan Jalan Raya (SJR), semalam.

“Sebanyak 903 SJR melalui Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA. Manakala Op Benteng PDRM sebanyak 45 SJR dan Op Benteng AKSEM (9),” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 825 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 810 individu telah dikompaun manakala, 15 telah direman,

“Antara kesalahan direkodkan ialah mereka yang tiada melakukan penjarakan fizikal 217); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (151); tidak memakai pelitup muka (137); individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (113); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94); membawa penumpang berlebihan (45); aktiviti pusat hiburan (26); premis gagal patuhi arahan (12); dan lain-lain (30),” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply