Home Semasa 1,214 individu dicekup ingar SOP PKP – Ismail Sabri

1,214 individu dicekup ingar SOP PKP – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Seramai 1,214 individu dicekup atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 1,107 individu dikompaun manakala 107 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (267), tidak memakai pelitup muka (224), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (158), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (134), membawa penumpang berlebihan (103), aktiviti pusat hiburan (24) dan lain-lain (204),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Task Force Operasi Pematuhan pula telah membuat 86,714 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 4,687 Pasukan Pematuhan melibatkan 86,714 anggota telah membuat pemantauan di 4,511 pasar raya, restoran (5,404), kilang (2,152), bank (3,884), pejabat kerajaan (1,051) dan penjaja (2,658),” ujarnya.

Mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata Operasi Benteng (Op Benteng) semalam, telah menangkap 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 2 buah bot serta 3 kenderaan darat.

“Sebanyak 195 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 975 sekatan jalan raya (SJR), pada Ahad.

Menyentuh isu kuarantin wajib, semalam, seramai 703 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, serami 220,554 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 76 hotel, 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara,

“Daripada jumlah itu, serami 9,163 individu telah dikuarantin dan 208,960 orang dibenarkan pulang manakala 2,432 lagi dibawa ke hospital,” ujarnya lagi. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply