TAWAU, 28 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) rampas Set Dekoder Television yang ditinggalkan tanpa penunggu di kawsan CIQ Lama Tawau, semalam.
Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, anggota yang sedang melaksanakan Operasi Benteng telah mengesan guni dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, guni tersebut mengandungi sebanyak 29 unit Set Dekoder Television,
“Semasa pemeriksaan dilakukan mendapati tiada sebarang pengakuan dibuat oleh orang awam yang barang tersebut adalah miliknya,
“Hasil maklumat risikan di percayai barang tersebut telah diseludup masuk dari Indonesia untuk pasaran gelap sekitar Bandar Tawau,” katanya.
Tambah beliau, nilai rampasan Set Dekoder Television dianggarkan berjumlah RM4,350.00.
“Kes diserah kepada Jabatan Kastam bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” ujarnya.- airtimes.my