Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: ATM buka Hospital Medan di Kapit

COVID-19: ATM buka Hospital Medan di Kapit

by Nurulhuda

KAPIT, 5 Mei – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Kor Kesihatan Diraja (KKD) akan membina Hospital Medan ATM di Dewan Masyarakat Melayu di Kapit susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di kawasan berkenaan.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, misi hospital berkenaan adalah untuk membantu masyarakat umum mendapatkan rawatan perubatan yang tidak berkaitan COVID-19, sama seperti peranan hospital medan yang ditubuhkan di Tawau, Sabah, sebelum ini.

“Pembukaan Hospital Medan ATM tersebut adalah hasil perbincangan diantara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bersama Kementerian Pertahanan dimana tugas dan peranan hospital ini adalah sama seperti di Tawau, Sabah iaitu untuk membantu pesakit mendapatkan rawatan kesihatan yang bukan melibatkan jangkitan COVID-19,

“Hospital Medan ATM ini dirancang akan didirikan di Dewan Masyarakat Melayu, Kapit yang terletak kira-kira 5 km dari Hospital Kapit,

“Sepasukan pegawai dan anggota KKD telah diaturgerakkan ke Kapit bagi meninjau keadaan serta mengkoordinasi keperluan perubatan dari 1 Divisyen dalam minggu ini,” katanya dalam hantaran di media sosial rasminya, semalam.

Hospital Kapit merupakan hospital daerah umum dengan kapasiti yang terhad. Berikutan peningkatan bilangan kes positif jangkitan COVID-19 yang mendadak di kawasan tersebut menyebabkannya menghadapi kekangan bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 dan pesakit biasa dalam satu-satu masa.

Markas 1 Div menambah, ATM akan terus komited dalam melaksanakan tugasan serta berkerjasama dengan semua agensi kerajaan bagi membantu kerajaan menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara kini. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply