Home SemasaGlobal Korea Selatan tahan 94 suspek sebar video manipulasi digital deepfake

Korea Selatan tahan 94 suspek sebar video manipulasi digital deepfake

by M.Daim

SEOUL, 2 Mei – Polis Korea Selatan telah menahan 94 orang suspek yang didakwa terlibat dalam mereka dan menyebar kandungan video yang diolah dengan menggunakan teknologi deepfake.

Deepfake adalah merujuk kepada imej atau video yang telah dimanipulasi secara digital. Ia kerap digunakan untuk mencetuskan berita palsu, penipuan atau memeras ugut serta memalukan mangsa.

Menurut Yonhap, hampir 70% suspek yang ditahan adalah remaja.

“Seramai 114 mangsa telah dikenalpasti dengan 109 daripadanya adalah wanita yang terdiri daripada usia belasan tahun,

“Mereka dan menyebarkan kandungan deepfake merupakan satu jenayah serius,” kata pihak polis Korea Selatan yang dilaporkan oleh media Korea Selatan.

Pada tahun 2019, syarikat keselamatan siber Amsterdam, Sensity, melaporkan sebanyak 96 peratus video deepfake di dalam talian adalah melibatkan kandungan pornografi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply