Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong darat ditahan bersama 4 PATI Indonesia di Tawau

Tekong darat ditahan bersama 4 PATI Indonesia di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 28 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan seorang warga tempatan yang disyaki tekong darat bersama 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di Batu 4 Tawau, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintendan Polis, Mohd Nazari Ismail berkata, pasukan yang sedang membuat rondaan di Jalan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis perodua Alza yang di pandu oleh tekong darat, kira-kira jam 6.50 petang.

Beliau berkata, tekong darat berusia 30 tahun, manakala 4 PATI tersebut berumur dalam lingkungan 27 tahun hingga 45 tahun ditahan kerana tiada sebarang dokumen yang sah.

“Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply