Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 19 PATI ditahan, 5 buah kenderaan darat dirampas

Op Benteng: 19 PATI ditahan, 5 buah kenderaan darat dirampas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Apr – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng dilaksanakan bagi mengawal sempadan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut merampas 5 buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 77 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan,” katanya sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Sementara itu, Op Benteng melibatkan PDRM, ATM, APMM dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 272 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 214 SJR, Op Benteng PDRM (49 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM semalam telah menahan 282 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, 277 individu dikompaun manakala 5 direman,

“Kesalahan yang direkodkan ialah Tidak mendaftar masuk premis (98); tidak memakai pelitup muka (63); tiada penjarakan fizikal (64); dan lain-lain (57),” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply