Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM tahan 2 tekong, 9 PATI Indonesia di Tawau

ESSCOM tahan 2 tekong, 9 PATI Indonesia di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 28 Apr – Pihak ESSCOM berjaya mengaggalkan cubaan 2 tekong untuk membawa 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nunukan, Indonesia di Lorong Haji Awang, Kampung Sri Pantai, Tawau, semalam.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, tangkapan dibuat dalam 2 kenderaan berasingan pada jam 6 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Cegah PATI (OCP) Daratan.

“Tangkapan pertama, ESSCOM telah menahan dan memeriksa sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Wagon berwarna putih yang melalui laluan berkenaan dalam keadaan mencurigakan,

“Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu bersama 2 penumpang dalam kenderaan tersebut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Manakala menerusi tangkapan kedua, pasukan telah menahan sebuah lagi kenderaan jenis Proton Saga di laluan yang sama.

“Hasil pemeriksaan pada kenderaan kedua mendapati 7 penumpang berada di dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan bersesak tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kesemua PATI dipercayai baru tiba melalui Nunukan, Indonesia.

“2 tekong darat turut ditahan dan merampas 2 buah kenderaan yang digunakan semasa kejadian,

“Kesemua tahanan yang terdiri dari 8 lelaki dan 3 perempuan berusia antara setahun hingga 36 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply