Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 1,000 bungkus rokok seludup pelbagai jenama

Polis Marin rampas 1,000 bungkus rokok seludup pelbagai jenama

by Air Times News Network

KUDAT, 27 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas 1,000 bungkus rokok tanpa cukai berhampiran Jalan Anggerik, Kudat, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, pada jam 9 pagi pasukan sedang melakukan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) telah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki tersebut sedang memunggah beberapa kotak rokok ke dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga,

“Hasil pemeriksaan lanjut, terdapat sejumlah 1,000 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak mempunyai cukai bersama seorang penumpang wanita dewasa,

“Nilai keseluruhan rampasan bersama kenderaan berserta barang peribadi suspek dianggarkan bernilai RM 18500.00,” katanya.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM  Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967,” ujarnya.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply